Login

Signup

Posted By

Pembinaan Tandak Air Beri Manfaat Kepada Komuniti

May 26, 2018 | 0 Comments
featured-image

Kesukaran dan masalah bekalan air yang dialami lebih daripada 1,000 penduduk kampung di sekitar Kampung Padang Bukit, Lubuk Setol dijangka berakhir hari ini apabila projek bekalan air bersih siap dilaksanakan. Projek ini merupakan sebuah projek komuniti anjuran Islamic Aid Malaysia dan Etiqa.

Program ini merupakan program komuniti Tanggungjawab Korporat Etiqa (Etiqa Corporate Responsibility) dilaksanakan bertujuan meringankan kesusahan penduduk tempatan serta bagi menangani isu bekalan air bersih penduduk setempat. Projek ini mendapat pembiayaan sepenuhnya dari Etiqa dan dilaksanakan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Selama lebih 20 tahun, penduduk di kampung ini mendapatkan sumber air bagi kegunaan harian daripada air perigi atau ‘air boring’oleh penduduk kampung tersebut berikutan tiada saluran paip daripada paip utama yang disediakan oleh kerajaan sampai ke kampung tersebut. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kesulitan serta keputusan air, terutamanya di musim kemarau berikutan air perigi/telaga yang berkurangan atau kering.

Melalui projek ini, penyambungan paip sepanjang 3 km telah dibuat dari kawasan tandak air yang dibina di lereng bukit berdekatan. Air dari tandak yang baru dibina ini, disalurkan ke tangki utama, dimana ini akan membekalkan air bersih bagi kegunaan rumah-rumah penduduk kampung juga bagi kegunaan masjid di mukin Lubuk Setol. Air dari tangki utama berkapasiti 5000 gelen ini turut dirawat menggunakan sistem ‘membrane’ berkapasiti tinggi bagi merawat air sehingga bersih dan selamat untuk diminum.

Projek air bersih ini telah dilaksanakan secara bergotong royong, melibatkan pihak etiqa, rakan kerjasama, sukarelawan IAM dan juga penduduk setempat. Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh 4 minggu, dimana ianya melibatkan pembinaan tandak baru, penyambungan paip dan pembinaan rumah tangki. Dengan perlaksanaan projek ini, diharap masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk sekitar selama lebih 20 tahun ini dapat diselesaikan.

Leave a Comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *